PHNOM PENH: Rusia bersedia membincangkan pertukaran tahanan dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah kerangka saluran diplomatik sedia ada yang diluluskan oleh kepimpinan kedua-dua negara, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Jumaat.
Menteri itu berkata terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan.
"Kami bersedia untuk membincangkan perkara itu, tetapi di bawah kerangka saluran diplomatik yang dipersetujui oleh Presiden Putin dan Biden," kata Lavrov kepada pemberita di Kemboja.
Saluran diplomatik yang dimaksudkan itu ialah saluran yang pernah dirundingkan semasa pertemuan pemimpin Rusia dan AS Julai lalu di Geneva, menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov lapor Sputnik.
Pada akhir Julai, media AS melaporkan bahawa Washington menawarkan untuk melakukan tukaran antara warga Rusia yang dipenjarakan Viktor Bout dengan pemain bola keranjang AS Brittney Griner dan bekas anggota marin Paul Whelan, yang ditahan di Rusia.
Rusia dilaporkan sedang mencari jalan untuk perjanjian pertukaran yang lebih adil iaitu menambah seorang lagi warga Rusia, Vadim Krasiko.
Terdahulu pada Khamis, sebuah mahkamah di Rusia menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan denda 1 juta rubel (AS$16,576) kepada Griner atas tuduhan menyeludup dan memiliki minyak ganja di Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Lavrov berkata, terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan. - Reuters
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
Larangan import uranium dari Rusia akan jejaskan ekonomi AS sendiri - Duta
Larangan ke atas import uranium dari Rusia ke Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan ekonomi AS dengan lebih teruk daripada ekonomi Rusia.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC
Nebenzia mengutuk tindakan Israel kerana tindakan mereka terhadap Iran jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.